Jana Pendapatan Anda

Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana anda sudi singgah di web/blog ini…

Mari saya teka pasti anda salah seorang yang pernah meng’google’ ayat seperti “bagaimana menjana pendapatan dari rumah”, “bekerja dari rumah”, “jana pendapatan sampingan” dan sebagainya… Anda tentu akan mendapat jutaan hasil carian yang menjanjikan anda perkara yang bukan-bukan.

Biasanya adalah mereka yang akan mengajak anda menyertai MLM, skim cepat kaya dan sebagainya….

So pada hari ini, saya tidak akan membuat semua itu, kerana pembaca blog saya adalah mereka yang mencari artikel perniagaan tulen yang betul-betul boleh membawa hasil.

Berikut adalah 5 jenis peniagaan kecil yang anda boleh mulakan daripada rumah secara kecil-kecilan.

1. Menjual Barang Dari Katalog – Anda boleh menjadi ejen kepada jenama-jenama terkenal dalam bidang kecantikan, pinggan mangkuk atau pakaian muslimah dengan hanya membeli katalog mereka. Anda tidak perlu menyimpan stok.

2. Menjual barangan secara online – Anda boleh memilih untuk membuka kedai online di http://www.lot.my ataupun memilih untuk mengiklankan di mudah.my. Dengan dua kaedah ini, anda dapat mencari pelanggan untuk membeli barangan anda.

Kaedah yang terbaik ialah anda membuka sebuah kedai online di http://www.lot.my dan seterusnya bawa masuk pelanggan ke kedai online anda ini daripada mudah.my atau facebook.

3. Menjadi Agen Affiliate – Menjadi agen affiliate ini anda tidak perlu bersusah payah kerana anda cuma perlu mempromosikan link yang disediakan oleh admin produk tersebut…

Untuk pengetahuan anda Program Affiliate ini mempunyai dua pilihan, ada yang perlu bayar dan ada yang percuma..

pssss..( pastikan anda menbuat kajian terhadap sesuatu produk affliate ini kerana lain produk lain fungsinya, ini mengelakkan anda ditipu…)

4. Menjana pendapatan dengan menulis – Anda boleh mulakan pekerjaan dari rumah dengan menulis bagi blog orang lain. Ramai blogger perniagaan yang mencari seseorang untuk menulis bagi pihak mereka.

Jadi anda boleh menawarkan perkhidmatan ini. Hanya di rumah anda boleh buat pendapatan RM 500-1000 sebulan.

Jika anda boleh menulis dalam bahasa Inggeris, anda boleh memilih untuk menulis di iWriter – sila rujuk artikel ini.

5. Mencetak Baju – Kerja ini mungkin memakan masa yang lama. Namun boleh memberikan anda pendapatan lumayan jika anda melakukannya.

Sebelum anda menjawab, anda tidak tahu mencetak baju. Anda hanya perlu menghadiri kelas mencetak baju dimana tempat yang menyediakan kursus ini. Mengenai bayaran yuran ini tertakluk pada tempat anda pilih. Ini pelaburan yang anda tidak akan rugi.

Ini kerana peluang didalam perniagaan pencetakan baju ini semangkin berkembang..

Selepas itu, anda boleh mengambil tempahan mencetak baju untuk pakaian-pakaian biasa terlebih dahulu sebelum pergi ke tahap yang lebih tinggi.

Ini hanya sedikit daripada ribuan kaedah lain yang anda boleh gunakan untuk bekerja dari rumah. Jadi modal atau kemahiran bukanlah alasan untuk anda tidak memulakan perniagaan daripada rumah.

Ia hanya bergantung kepada anda samaada anda mahu ataupun tidak ?

Ini kerana ramai yang suka mengambil jalan mudah dan senang ?

Apa lagi idea yang anda boleh berikan kepada mereka yang tercari-cari idea untuk menjana pendapatan dari rumah ?

Terima kasih

SBW

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s